Dari hari Isnin lagi telefon buat hal. Terus mencacatkan aktiviti perladangan maya!
Masuk hari ni dah empat hari aku mengabaikan ladang. Kebetulan, Mak ikut Umi balik BP. Jadi aktiviti 'terluang' aku banyak dihabiskan kepada real fv.
a. Siram pokok bunga, pokok lada, pokok sayur, pokok pelam, pokok kelapa. Heee!
b. Petik lada/cili dari kiri rumah sampai kanan rumah. Peluh ketiak aku! (Pokok lada punyalah sikit! Yg dah menyala-nyala mintak dipetik punyalah lagi 'sikit')
c. Sapu daun2 kering halaman rumah. (Nak pengsan kejap! Lagi2 musim manggis ni byk la giler buah manggis yg ditebuk tupai tu jatuh. Kudrat aku lagi nk menyapu!)
d. Bakar sampah. (Job yang paling aku tak suka sebab dedaun ni kalau pagi2 masih basah kena embun, hok nk dibakar mmg terbakarrrrr hati aku tunggu api menyala!!!)
e. Masak juadah berbuka. (Tension jadik tukang masak tak bertauliah. Hari2 kena pk nak masak apa).
f. Bagi Pa'an ngan Donat makan. (Kekura yang aku bela sejak dari kat kolej lagi-Pa'an sahaja. Donut tu abang aku beli a few year after Pa'an membesokan badan!)
g. Bagi kucing makan. (Timetable aku bagi makan tghari ngan ptg je. Sbt Ahad off).
h. Bungkus tempe! (Ngeeee!!!)
i. Men pambil sambil gosip2. ;p
Lelebih kurang la camtu rutin harian aku. Ni belum masuk list ngecat rumah neh. Sesajer jer tu. Since mak dah bagi hint nak cat, aku start je dulu dengan cat kapur yang ada balance masa buat toilet baru.
p/s: Rindu dah kat mak.
No comments:
Post a Comment