Harini reunion SMK SARS1 batch 04'.
Aku,erin,ngan mun nek satu kete tumpang nora. Kut beriya-iya kata gerak kol 8pagi. Last2 nk p amik lin lah, g pagoh la, g tangkak la, amik tiko la, geraknya dekat kol 10 cmtuh. Huh. Buang karen btol. Siap ada yg dh sampai kat tol Ayer keroh. Ngok!!!
Kalau tau, kitorang terus je gerak dulu. Buleyh santap2 sambil cuci mata. Hiks!
Sampai2 je leh sesat laks noks ni. Aje nak pegi kem tentera. Hey, ape salahnya? lalalala... Miang keladi we we!
Alhamdulillah, sampai jugak kitorang. Amkik port yg paling ujung. Memacam la aktiviti dorang buat. Ade je yg mandi laut. Aku setakat cuit2 ngan kaki. Begini cantek disuruh mandi. Ko nk kena terajang? Hihi... besides, aku tak bawak pong persalinan. Ta cakap nak duduk tepi beach. Boleh aku bawak gitar abang aku. (wey, macam reti main!)
Aktiviti yg sgt lemau:
a. Main2 (grrr... banyak je jenis permainan tapi aku namo join pasal dorang bawak persalinan. Aku baju tula nak main, kang nk g town lagi, kang nk ngurat lagik, upsss)
b. BBQ (Erm... berbaloi ke bayar rm15? Hokeh je pasal aku tak buat apa pun. Tolong kutip2 sampah yg dorang buang rata2. <--- tunjuk baik! Ahahaha...)
c. Snap snap. (Err... dah macam artist glamour jek. Memasing tunjukkan kecanggihan camera memasing. Dan2 dh tengahhari, muncul lak si gadis ni bawak lensa dia. Hurm. Sorry, I'm not interested much)
d. Berangan. (Yummy, da best part is bila sume dah kenyang. Penat main, kitorang dok kat beach. Arghh... legam pong legam la... janji feel)
Tulah antara aktiviti kitorang buat selain buang masa kat situ. Bila jam dekat kol 2pm, memasing tak hengat donia, ma group terus g surau menunaikan kewajipan. Alhamdulillah. Aku kebetulan tgh honeymoon, pheww, kalau tak ragu2 jugak nak solat dengan berpasir tak bwk baju segala.
Then, we heads on to MP, Ya Allah, punyalah jammed kan nak masuk. Parking pun baekkk je nak carik. Mau muntah hijau dah duk dalam kereta. Sudahlah terik. Ngee!! Sabo jelah! Masuk2 dorang ajak main bowling. Sekali lagi aku takmo. Entah ngape takde hati nak join. So, aku just tukang amik gambo, tukang cheers je. Save tenanga! Balik sampai rumah mau dekat kul 10. Asar lepas, Maghrib lagilah!
p/s: capek!
